Pendidikan Syahir Sulaiman

Beliau bersekolah peringkat menengah di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak pada tahun 1996 hingga 2000 dan merupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun berikutnya, beliau melanjutkan pengajian di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sehingga tahun 2002. Kemudian beliau menyambungkan pengajian Sarjana Muda Ekonomi di UIAM selama 4 tahun sehingga tahun 2006. Di UIAM, beliau telah bergraduasi dengan memperoleh kelas pertama, dan memperoleh pengiktirafan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan (Kuliyyah Ekonomi)[2], Anugerah Rektor UIAM[3] dan Anugerah Khas Unvar Rahman[4]. Pada tahun 2013, beliau melanjutkan pengajian di peringkat sarjana dan memperoleh Sarjana Pengajian Pembangunan dari Universiti Malaya pada 2017.

Rujukan

WikiPedia: Syahir Sulaiman http://www.1media.my/2018/07/pelantikan-setiausaha... https://www.calendata.com/2013/10/tmi-forum-malays... https://www.facebook.com/syahirnomic/ https://www.instagram.com/syahirnomic https://my.linkedin.com/in/syahirsulaiman https://twitter.com/syahirnomic https://www.nst.com.my/news/2017/04/227433/study-g... https://www.sinarharian.com.my/article/65744/BERIT... https://berita.pas.org.my/mengenali-kepimpinan-pem... https://berita.pas.org.my/pelantikan-setiausaha-po...